Kapal yang memuatkan barangan Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Belanda berlabuh di Tianjin pada Sabtu.
Barangan yang diletakkan di dalam tiga kontena itu akan digunakan semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.
Dengan berlabuhnya barangan kumpulan pertama itu juga, ia sekali gus menandakan bermulanya penghantaran barangan pelbagai negara untuk temasya sukan tersebut.