Ekonomi Digital China Catat RMB39.2 Trilion Pada 2020

2021-09-27 13:52:38  CRI
Share with:

Ekonomi Digital China Catat RMB39.2 Trilion Pada 2020_fororder_545528065

Kertas biru Laporan Pembangunan Internet Dunia 2021 dan Laporan Pembangunan Internet China 2021 masing-masing dibentangkan dalam Sidang Kemuncak Persidangan Internet Dunia (WIC) di Wuzhen, provinsi Zhejiang, pada Ahad.

Memetik Laporan Pembangunan Internet China 2021, ekonomi digital China dicatatkan sebanyak RMB39.2 trilion (RM25.4 trilion) pada tahun 2020, sekali gus menyumbang 38.6 peratus kepada keseluruhan KDNK.

Difahamkan, ia yang meningkat pada kadar 9.7 peratus dari tahun ke tahun itu secara tidak langsung menjadi tenaga penggerak utama dalam menstabilkan pertumbuhan ekonomi.

Laporan itu menyatakan bahawa skala industri digital China berjaya mencapai RMB7.5 trilion (RM4.9 trilion) dengan munculnya industri dan model perniagaan baharu serta menuju ke arah rantai industri global bermutu tinggi.

Serentak itu, proses pendigitalan terus dipercepat sehingga mencatat RMB31.7 trilion (RM20.5 trilion), sementara taraf digital dalam bidang perindustrian, pertanian dan perkhidmatan terus meningkat.  

Ekonomi Digital China Catat RMB39.2 Trilion Pada 2020_fororder_772292633

Menurut laporan itu, jumlah perdagangan e-niaga China meningkat 4.5 peratus pada 2020 iaitu sebanyak RMB37.21 trilion (RM24.1 trilion), manakala pendapatan operasi sektor perkhidmatan e-niaga pula mencatat RMB5.45 trilion (RM3.53 trilion), iaitu meningkat 21.9 peratus berbanding tempoh sama 2019.

Selain itu, Laporan Pembangunan Internet Dunia 2021 pula menyatakan bahawa ekonomi digital kini menjadi pilihan utama pelbagai negara bagi mengatasi kesan wabak COVID-19, selain bertujuan untuk mempercepat transformasi sosial dan ekonomi.

Ketika ini, pelbagai negara turut mempercepat penempatan infrastruktur model baharu, iaitu infrastruktur maklumat baharu termasuk 5G, kecerdesan buatan(AI), Internet Benda (IoT), internet perindustrian dan internet satelit yang dlilihat sebagai enjin baharu bagi pertumbuhan ekonomi sejagat.

曹捷