Mengapa Kita Mampu Berjaya?

2021-09-27 16:59:53  CRI
Share with:

Harian Renmin Ribao menerbitkan sebuah artikel berjudul “Mengapa Kita Mampu Berjaya?” pada hari ini.

Artikel itu berbunyi, sempena ulang tahun ke-100 Parti Komunis China (PKC) pada Julai, Presiden Xi Jinping berkata, “Tanpa PKC, takkan ada China baharu, juga mustahilnya nusa dan bangsa bangkit semula.”

Huraian itu rumusan pengalaman tidak ternilai yang diperoleh rakyat China, merupakan jawapan kepada soalan “Mengapa Kita Mampu Berjaya”.

Menurut artikel tersebut, mengimbas kembali sejarah, hanya PKC yang menggalas amanah dan tanggungjawab untuk menyelamatkan negara daripada dicerobohi kuasa luar dan mengakhiri zaman kesengsaraan rakyat.

Parti pemerintah itu turut berjaya merungkai masalah kemiskinan mutlak dan membimbing rakyat mewujudkan masyarakat makmur sederhana secara menyeluruh.

Artikel itu turut membuat rumusan mengenai kesungguhan PKC menyatupadukan seluruh rakyat melakukan revolusi dan memajukan China baharu.

Anggota PKC yang bersifat jujur dan tabah hati, memimpin rakyat mengecapi kehidupan yang bahagia, hinggakan memperoleh sokongan seluruh masyarakat.

Meneliti sejarah perjuangan PKC selama seabad, rakyat makin merasai PKC sebuah parti berjiwa rakyat yang menjadikan kesejahteraan masyarakat cita-cita asalnya.

Apatah lagi prestasi parti pemerintah itu mengendalikan wabak COVID-19 menunjukkan keterampilannya dalam mentadbir urus negara.

Perkara-perkara tersebut antara logik dari segi sejarah, teori dan praktik pimpinan PKC kekal didukung.

董筱娉