Seni Tarian Dongxiang
2017-03-23 16:18:41 CRI

Dongxiang merupakan salah satu daripada 10 etnik minoriti yang menganut agama Islam sejak turun-temurun.

Kaum Dongxiang yang tergolong dalam aliran Syiah itu biasanya menetap dalam komuniti sendiri di provinsi Gansu, barat laut China.

Etnik itu mempunyai sejarah yang lama dan budaya yang unik. Seni tarian etnik Dongxiang mempunyai keunikan sendiri. Penari wanitanya cantik dan rentak tarinya lemah gemalai. Sebaliknya, tarian untuk lelaki penuh semangat dan keperwiraan.

Tarian tradisional Yanxiqu (muzik untuk jamuan) bukan sahaja popular dalam kalangan etnik Dongxiang, malah etnik minoriti beragama Islam yang lain di barat laut China seperti Hui, Salar dan Baoan.

Tarian jenis itu biasanya dipersembahkan semasa jamuan untuk meraikan keluarga pengantin wanita dalam majlis perkahwinan. Seni kata lagu untuk tarian jenis itu biasanya bersumberkan cerita rakyat. Tarian itu biasanya ditarikan secara berpasangan oleh dua hingga lapan orang lelaki.

Tarian Hali pula biasanya dipersembahkan dalam majlis perkahwinan kaum Dongxiang bagi mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan untuk pengantin baru.

Tarian Zhezibai dipersembahkan dalam aktiviti yang berbentuk keagamaan. Penari lelaki menari mengikuti rentak alunan bacaan al-Quran.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China