Cari:
Donald Trumph Sangkal Campur Tangan Rusia dalam Pilihan Raya AS
2017-01-05 14:39:04 CRI Cetak

Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam sekali lagi menyangkal dakwaan Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang mendakwa bahawa serangan Internet oleh Rusia telah mempengaruhi keputusan pilihan raya presiden AS 2016.

Jabatan Keselamatan Tanah Air serta Pejabat Pengarah Perisikan AS mengeluarkan kenyataan bersama pada Oktober lalu yang mendakwa serangan Internet telah mengganggu pilihan raya presiden negara itu.

Akhbar Washington Post bulan lalu memetik laporan sulit CIA yang mendedahkan bahawa serangan tersebut dilakukan oleh penggodam Rusia yang bertujuan untuk membantu Donald Trump memenangi pilihan raya.

Namun kem Trump telah berulang kali menyatakan bahawa tiada bukti yang menunjukkan serangan dari Rusia yang mempengaruhi pilihan raya itu.

Tindakan CIA mengeluarkan keputusan sebelum laporan siasatan dimuktamadkan adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China