Cari:
China, New South Wales Perkasa Kerjasama
2017-03-26 15:03:54 CRI Cetak

China menggalakkan syarikatnya memperkasakan kerjasama dengan negeri New South Wales, Australia dalam bidang sumber tenaga, pertanian dan penternakan, kewangan serta inovasi sains dan teknologi, di samping merapatkan interaksi dengan syarikat tempatan dalam ekonomi dan perdagangan, pelaburan, kebudayaan, pendidikan dan pelancongan.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika bertemu dengan Gabenor New South Wales, Gladys Berejiklian di Sydney semalam.

Li berkata, China dan Australia telah mencapai konsensus baharu untuk saling memperluas bidang perkhidmatan dan pelaburan, hasil lawatannya ke Australia kali ini.

Beliau menambah bahawa pintu China akan sentiasa terbuka luas. China berharap New South Wales dapat menyediakan persekitaran baik dan kemudahan untuk syarikat China yang melabur dan menjalankan perniagaan di negeri itu. China yakin bahawa kerjasama China-Australia akan membuahkan hasil yang lebih memberangsangkan.

Berejiklian menyifatkan lawatan PM Li kali ini amat berhasil, sambil menyatakan pihaknya menghargai persahabatan dengan China dan bersedia memperluas kerjasama dengan China dalam bidang kewangan, perubatan, pendidikan dan pelancongan. Beliau mengalu-alukan lebih banyak syarikat China melabur ke New South Wales.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China