Cari:
Media Baharu Mudah Alih Berkembang Pesat di Asia
2017-03-27 11:33:26 CRI Cetak

Menurut data Mesyuarat Meja Bulat Pemimpin Media yang diadakan di Boao, Hainan China baru-baru ini, media baharu mudah alih di Asia semakin berkembang pesat, manakala televisyen dan radio masih mengekalkan pengaruh masing-masing.

Berdasarkan kajian Meja Bulat Pemimpin Media pada 23 Mac lalu, televisyen, media baharu mudah alih dan radio mempunyai pengaruh paling besar di Asia, dengan pengaruh televisyen sebanyak 70 peratus, media baharu 60 peratus dan radio 45 peratus.

Kebanyakan pemimpin media yang diwawancara berkata, trend perkembangan media di Asia pada masa depan dapat dilihat melalui penggabungan media konvensional atau media lama, dengan media baharu.

Media konvensional masih mempunyai ruang untuk terus berkembang dan tidak akan digantikan oleh media baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China