Cari:
"Satu Negara Dua Sistem", Dasar Terbaik bagi Hong Kong
2017-04-30 14:12:30 CRI Cetak

Menaati prinsip "satu negara" dan melaksanakan "dua sistem" dengan teliti paling bermanfaat bagi Hong Kong. Pelbagai masalah baharu yang muncul dalam proses pelaksanaan "satu negara dua sistem" patut diselesaikan dengan baik bagi memelihara kemakmuran dan kestabilan Hong Kong serta memberi sumbangkan kepada pembangunan negara.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Leung Chung Ying ketika menghadiri seminar sambutan ulang tahun ke-27 Undang-undang Asas Hong Kong semalam.

Baru-baru ini, ada segelintir orang mengemukakan persoalan tentang kedudukan Hong Kong selepas tahun 2047, Leung Chung Ying menegaskan bahawa "50 tahun tidak berubah" yang ditetapkan dalam Undang-undang Asas Hong Kong merujuk kepada sistem politik dan gaya hidup di Hong Kong, tidak bermakna kedaulatan negara China terhadap Hong Kong akan berubah selepas tahun 2047.

Menurut beliau, fakta di Hong Kong dalam 20 tahun yang lalu setelah kembali ke tanah air China telah membuktikan bahawa pelaksanaan "satu negara dua sistem" dan undang-undang asas adalah berjaya. Hong Kong bukan hanya kembali ke pangkuan tanah air secara lancar dan damai, bahkan telah menjadi "pengantara" yang penting bagi Tanah Besar dan luar negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China