Cari:
AS dan Korea Selatan Adakan Latihan Tentera Bersama
2017-04-30 13:57:11 CRI Cetak

Menurut tentera laut Korea Selatan, kapal induk Amerika Syarikat (AS), Carl Vinson semalam telah mengadakan latihan tentera bersama dengan tentera laut Korea Selatan di kawasan perairan timur Semenanjung Korea.

Media Korea Selatan yang memetik maklumat tentera laut negara itu melaporkan bahawa latihan tersebut dimulakan pada pukul 6 petang semalam waktu tempatan, untuk meningkatkan persediaan ketenteraan persekutuan Korea Selatan dengan AS.

Pihak tentera Korea Selatan tidak mendedahkan jadual terperinci latihan tentera kali ini.

Media tempatan melaporkan, latihan ini dijangka akan berlangusung hingga minggu depan. Korea Selatan telah menghantar kapal pembinasa Aegis "Sejong The Great", pesawat peronda laut P-3 dan helikopter Lynx untuk menyertai latihan tentera bersama ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China