Cari:
EU Capai Garis Panduan atas Brexit
2017-04-30 14:18:16 CRI Cetak

Mesyuarat pemimpin 27 negara anggota Kesatuan Eropah (EU) kecuali Britain diadakan di Brussels Sabtu lalu. Mereka telah mencapai persetujuan tentang garis panduan rundingan dengan Britain mengenai Britain keluar daripada EU atau "Brexit".

Pengerusi Majlis Eropah, Donald Tusk‎ menyatakan bahawa rundingan EU dengan Britain akan dijalankan beberapa fasa. Ini bermakna kedua-dua pihak perlu mencapai kemajuan dalam rundingan mengenai hak warganegara, perbendaharaan dan garisan sempadan, sebelum membincangkan hubungan EU dengan Britain pada masa depan.

Perdana Menteri Britain, Theresa May mengutuskan surat kepada EU yang mengumumkan secara ramsi bermulanya proses Brexit pada 29 Mac lalu. Britain dan EU perlu menyelesaikan rundingan Brexit dalam dua tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China