Cari:
Sarjana AS Optimistik Terhadap Ekomomi China
2017-05-01 12:49:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sarjana dan golongan ahli perniagaan Amerika Syarikat (AS) yang menyertai Forum China baru-baru ini menyatakan bahawa ekonomi China sedang mengalami transformasi dan inovasi perindustriannya telah mencapai taraf tinggi. Maka, prestasi syarikat China akan membawa pengaruh besar kepada ekonomi dunia.

Forum anjuran Universiti Chicago itu bertemakan "Hadapi Ketidaktentuan: China dalam Perubahan Persekitaran Global". Para pemimpin perdagangan berkongsi pandangan tentang isu ekonomi dan perdagangan China-AS.  

Profesor dari Fakulti Undang-undang, Universiti Chicago menyatakan bahawa pembangunan ekonomi China dalam tempoh 40 tahun lalu boleh dilihat sebagai revolusi pertama, manakala tempoh sepuluh tahun yang akan datang dianggap revolusi kedua bagi pertumbuhan ekonomi China. Pelbagai syarikat gergasi China sedang mempengaruhi industri yang terlibat, baik dalam negeri China mahupun luar negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China