Cari:
Tuntutan kepada Qatar Tidak Boleh Dirundingkan
2017-06-28 10:48:16 CRI Cetak

Tuntutan yang dikeluarkan oleh Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan Bahrain demi menyelesaikan krisis memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar tidak boleh dirundingkan.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir semalam.

Keempat-empat negara tersebut memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar pada 5 Jun lalu, dengan alasan Qatar "menyokong pengganasan " dan "menjejaskan keamanan serantau". Selepas itu, beberapa negara lain turut mengumumkan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Menurut laporan media Mesir pada 23 Jun lalu, empat negara tersebut mengemukakan tuntutan 13 perkara kepada Qatar untuk menyelesaikan krisis ini dan menggesa Qatar memenuhi syarat terbabit dalam tempoh 10 hari. Walau bagaimanapun, Qatar menyifatkan tuntutan itu sebagai sekatan terhadap kedaulatan negaranya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China