Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini dan tahun depan masing-masing kepada 2.1%.
Menurut kenyataan IMF, pihaknya telah meneliti kesan dasar rangsangan kewangan pemerintahan Trump yang baharu pada awal tahun ini. Namun masih terdapat unsur yang tidak menentu dalam dasar berkenaan. Oleh itu, IMF membuat unjuran tanpa mengira unsur rangsangan tersebut.