Cari:
23 Maut Kereta Api Tergelincir di India
2017-08-20 16:12:25 CRI Cetak

Sekurang-kurangnya 23 maut dan lebih 70 lagi cedera selepas sebuah kereta api ekspres tergelincir di Uttar Pradesh, utara India semalam.

Anggota penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang terselamat dan menghantar mereka yang cedera ke hospital selepas lima gerabak tergelincir petang semalam. Lokasi kejadian terletak di kira-kira 100 kilomiter dari New Delhi.

Menteri Kereta Api India, Suresh Prabhu segera mengarahkan agar siasatan rapi dijalankan terhadap insiden tersebut.

Beliau turut mengumumkan pampasan sebanyak 350 ribu rupee untuk setiap keluarga mangsa. Manakala, mereka yang cedera parah dan ringan masing-masing diberi pampasan 50 ribu dan 25 ribu rupee.

Insiden kereta api tergelincir dan berlanggar sering berlaku di India ekoran infrastruktur berkenaan sudah sangat lama, dengan banyak yang rosak dan perlu dibaiki.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China