Cari:
Setiausaha Agung PBB Kecam Serangan Pengganas Finland
2017-08-20 14:42:32 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam kenyataan melalui jurucakapnya semalam, mengecam serangan pengganas yang berlaku di bandar Turku, barat daya Finland.

Guterres dalam kenyataan itu mengatakan bahawa PBB menyokong usaha kerajaan Finland untuk memerangi keganasan dan ekstremisme.

Beliau turut menyampaikan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Finland, dan berharap mangsa yang cedera sembuh secepat mungkin.

Insiden tikam yang berlaku di Turku petang kelmarin mengakibatkan dua maut dan lapan lagi cedera.

Polis sedang menyiasat kejadian itu sebagai serangan pengganas.

Setakat ini, lima suspek telah ditangkap termasuk seorang yang ditahan di lokasi kejadian selepas cedera ditembak polis, dan seorang lagi masih diburu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China