Cari:
Tentera Iraq Mahu Tawan Semula Kubu Terakhir Daesh
2017-08-21 13:03:36 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Tentera kerajaan Iraq akan menjalankan operasi untuk menawan semula kubu terakhir kumpulan pengganas Daesh di pekan Tal Afar, Iraq pada masa terdekat ini.

Perdana Menteri merangkap komander tentera Iraq, Haider al-Abadi mengumumkan hal demikian dalam ucapannya menerusi televisyen pada 20 Ogos lalu.

Abadi yang memberi amaran kepada Daesh agar menyerah kalah atau ditewaskan seluruhnya, turut menyatakan bahawa tentera kerajaan akan melancarkan serangan terhadap Tal Afar dari beberapa arah dengan sokongan pasukan antikeganasan, angkatan polis persekutuan dan kumpulan militan Shiah.

Menurut sumber tentera Iraq, masih terdapat lebih 2,000 orang pengganas Daesh berkubu di Tal Afar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China