Cari:
Saintis China Raih Hadiah Tertinggi Australia
2017-10-19 15:34:52 CRI Cetak

Profesor Yang Jian dari Universiti Queensland dianugerahi Hadiah Perdana Menteri Frank Fenner untuk Bidang Sains Hayat, atas penyelidikannya yang membantu menguraikan kompleksiti genom dan ciri-ciri genetik manusia.

Penyampaian anugerah berkenaan diadakan di Parlimen Canberra malam semalam.

Yang Jian menyelesaikan pengajian dan mendapat ijazah doktor falsafah di Universiti Zhejiang China pada tahun 2008. Beliau melanjutkan pengajian di Universiti Queensland pada tahun yang sama.

Saintis dari China ini menyifatkan hadiah itu sebagai pengiktirafan terhadap pendidikan China.

Katanya, taraf pendidikan China kini hampir setanding antarabangsa dan persekitaran penyelidikan sains semakin baik. Beliau berhasrat kembali berkhidmat untuk tanah air pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China