Cari:
Xi Pengerusikan Mesyuarat Ke-2 Presidium Kongres Kebangsaan Ke-19 PKC
2017-10-20 19:00:44 CRI Cetak

Mesyuarat ke-2 Presidium Kongres Kebangsaan Ke-19 Parti Komunis China (PKC) diadakan di Dewan Besar Rakyat Beijing petang tadi.

Xi Jinping mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Mesyuarat ini meluluskan draf resolusi mengenai laporan Jawatankuasa Pusat ke-18 PKC, draf resolusi mengenai laporan kerja Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat Ke-18 PKC, dan rang pindaan Piagam PKC untuk dibincangkan oleh pelbagai delegasi.

Senarai calon ahli dan ahli simpanan Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC, senarai calon ahli Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat Ke-19 PKC turut diluluskan untuk dibincangkan oleh pelbagai delegasi.

Dalam pada itu, prosedur pemilihan kongres diluluskan setelah dibincangkan pelbagai delegasi. Senarai pengawas, dan ketua pengawas pemilihan ditetapkan dan akan diluluskan ketika pemilihan diadakan secara rasmi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China