Kapal hospital "Peace Ark" tentera laut China yang menjalankan "misi harmoni 2017" tiba di Pelabuhan Luanda semalam untuk memulakan lawatan selama lapan hari di Angola, serta menyediakan perkhidmatan perubatan kemanusiaan kepada rakyat negara itu.
Diplomat China serta wakil-wakil syarikat China dan masyarakat orang Cina tempatan menyertai acara menyambut kedatangan kapal itu, yang dianjurkan oleh pihak Angola.
Dalam tempoh lawatan kali ini, nakhoda "Peace Ark", Guan Bolin akan mengadakan kunjungan hormat dengan pegawai-pegawai kanan tentera Angola, manakala ahli politik Angola dan diplomat pelbagai negara di Angola akan dijemput melawat kapal itu untuk melihat kecekapan pasukan China menjalankan rawatan perubatan.