Cari:
Xi Jinping: Era Baharu Asia-Pasifik yang Bekerjasama dan Menang-Menang
2017-11-12 12:15:54 CRI Cetak

Sidang tidak rasmi pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-25 diadakan di Da Nang, Vietnam semalam. Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri sidang kemuncak itu dan menyampaikan ucapan yang bertajuk, "berganding bahu untuk merangka lembaran baharu Asia Pasifik yang bekerjasama dan saling menguntungkan".

Menurutnya, pelbagai pihak di rantau Asia-Pasifik perlu terus memperkasakan inovasi, memperluas keterbukaan, memangkin pembangunan inklusif, dan memperkaya kandungan hubungan rakan kongsi agar mewujudkan kemakmuran dunia pusingan baharu.

Topik utama sidang kemuncak APEC kali ini ialah "meneroka daya penggerak baharu, membina masa depan yang dikongsi semua". Pemimpin para entiti ekonomi bertukar-tukar pendapat tentang perkembangan inovasi dalam era digital, pekerjaan yang inklusif dan berterusan, serta meneroka masa depan yang berkongsi.

Presiden Xi dalam ucapannya menyatakan bahawa para pemimpin mengadakan perbincangan tentang kerjasama di rantau Asia-Pasifik di Beijing pada tiga tahun dahulu. Dalam tempoh tiga tahun ini, ekonomi dunia kian pulih, dan keyakinan pelbagai pihak semakin kukuh. Sementara itu, ekonomi dunia sedang mengalami perubahan yang besar. Pelbagai pihak di Asia-Pasifik perlu bertindak untuk mewujudkan kemakmuran baharu sejagat.

Xi telah mengemukakan empat cadangan kepada pihak-pihak di rantau ini.

Pertama, terus memperkasakan inovasi dan membina daya penggerak yang kuat. Inovasi sains dan teknologi serta inovasi sistem perlu diperkasakan secara serentak. Peta garisan ekonomi internet dan digital yang ditetapkan pada tahun ini perlu dilaksanakan dengan baik.

Kedua, memperluas keterbukaan, membina ruang pembangunan yang meluas. Pihak-pihak di rantau Asia-Pasifik perlu memperkasakan liberalisasi dan kebebasan perdagangan dan pelaburan, membina ekonomi yang terbuka, memelihara dan memperkasakan mekanisme perdagangan pelbagai hala, mengimbangkan semula globalisasi ekonomi, meneruskan pembinaan Zon Perdagangan Bebas Asia-Pasifik (FTAAP) agar mewujudkan pembangunan besar pusingan baharu di rantau ini. Tahun hadapan merupakan ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharu dan pintu terbuka di China. China akan terus meningkatkan tahap keterbukaan ini supaya memberikan manfaat kepada seluruh dunia.

Ketiga, melaksanakan pembangunan inklusif agar memberikan manfaat kepada lebih ramai manusia. Pihak-pihak di rantau ini perlu menangani dengan baik hubungan antara kesamarataan dengankeefisinan, modal dan pekerjaan, teknologi dan pekerjaan. Selain itu, pelbagai pihak perlu meningkatkan kerjasama dalam bidang pembasmian kemiskinan, syarikat kecil dan sederhana (PKS), pendidikan, antirasuah, urbanisasi dan kaum wanita agar memberikan manfaat kepada 2.8 bilion rakyat di rantau ini.

Dan keempat, terus memperkaya kandungan hubungan rakan kongsi dan mewujudkan situasi menang-menang. Pihak-pihak di rantau ini perlu meningkatkan kesedaran komuniti berkongsi nasib, memperkasakan penyelarasan dasar. Menurutnya, pihak-pihak tersebut perlu saling melengkapi, bekerjasama,saling menguntungkan, menimba pengalaman pembangunan, mengimbangkan kepentingan sendiri dengan pihak-pihak yang lain agar mendorong dengan benar-benar hubungan rakan di rantau ini. China bersedia bersama-sama rakan-rakan di rantau Asia-Pasifik memperkasakan koordinasi dasar, kesalinghubungan prasarana, kelancaran perdagangan, integrasi kewangan, dan persefahaman kalangan rakyat agar mewujudkan pembangunan bersama dan melangkah ke komuniti berkongsi nasib.

Presiden Xi menyatakan bahawa kongres kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) yang diadakan pada bulan lalu telah menetapkan strategi asas dan pelan pembangunan pada masa akan datang. China akan mengutamakan kepentingan rakyat, mendorong pembangunan dan kemajuan komprehensif masyarakat, melaksanakan konsep pembangunan baharu, memperkasakan pembaharuan komprehensif, mempercepat inovasi, meningkatkan tahap keterbukaan, serta membina sistem ekonomi yang moden.

China yang mempunyai daya pembangunan lebih kuat, rakyat hidup lebih bahagia dan menjalankan kesalinghubungan yang lebih mendalam dengan masyarakat antarabangsa, akan menyediakan lebih banyak peluang dan memberikan lebih banyak sumbangan bagi rantau Asia-Pasifik dan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China