Cari:
Qatar Beli Jet Pejuang dari Britain
2017-12-11 14:57:11 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Negara Qatar, Khalid bin Mohammed al-Attiyah telah ditemui Menteri Pertahanan Britain, Gavin Williamson di Doha semalam.

Kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian pembelian senjata yang bernilai USD8 bilion (RM32.6 bilion).

Kementerian Pertahanan Qatar mengeluarkan kenyataan pada hari yang sama bahawa menurut perjanjian itu, pihaknya akan membeli 24 jet pejuang Eurofighter Typhoon dari Britain. Ini merupakan kali kedua tahun ini Qatar membeli jet pejuang dari Britain.

Menurut kenyataan kementerian itu lagi, satu perjanjian latihan bersama turut ditandatangani untuk meningkatkan kemampuan pasukan campuran tentera Qatar dan Britain menjaga keselamatan ruang udara sempena Piala Dunia 2022 di Qatar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China