Cari:
China, India di Titik Persimpangan Penting Hubungan Dua Hala
2017-12-12 13:42:58 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi telah bertemu dengan penasihat keselamatan negara India, Ajit Kumar Doval semasa menghadiri Pertemuan ke-15 Menteri Luar China-India di New Delhi semalam.

Wang Yi menyatakan bahawa China dan India perlu membuat pilihan yang betul sewaktu merangka hala tuju masa depan, ketika hubungan dua hala berada di titik persimpangan penting pada masa ini.

Kata beliau, kedua-dua negara perlu meningkatkan komunikasi dan kesalingpercayaan strategik, serta melihat isu-isu sedia ada dengan tepat bagi mengelakkannya dipolitikkan dan dirumitkan hingga menjejaskan perkembangan hubungan bilateral. China bersedia meningkatkan kerjasama saling menguntungkan dengan India dalam bidang kesalinghubungan.

Doval yang menyahut saranan Wang, turut menyatakan bahawa India dan China telah sekian lama menjalin ikatan muhibah. Persamaan antara kedua-dua negara jauh melebihi perbezaan.

Ujar beliau, India bersedia bersama-sama dengan China terus meningkatkan kesalingpercayaan, mengendalikan perselisihan dengan baik di samping menggalakkan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Selain itu, penyelarasan perlu ditingkatkan dalam urusan antarabangsa, bagi memelihara kepentingan bersama sebagai negara pasaran baharu muncul dan negara membangun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China