Cari:
China Mampu Kekalkan Momentum Pertumbuhan Import, Eksport
2017-12-13 13:59:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China merekodkan pertumbuhan pesat dalam sektor import dan eksport dalam tempoh antara Januari hingga November tahun ini.

Jabatan Perdagangan Luar, Kementerian Perdagangan China merumuskan bahawa momentum yang kukuh itu adalah hasil keefisienan pelaksanaan dasar ekonomi berkenaan, pertumbuhan ekonomi domestik yang stabil, serta penstrukturan semula perusahaan. China dijangka mampu mengekalkan momentum kukuh tersebut pada tahun depan.

Song Xianmao, atese perdagangan kementerian itu berkata, peningkatan sederhana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kestabilan ekonomi domestik turut memangkin permintaan terhadap produk import dalam pasaran China.

Menurut statistik kastam, jumlah keseluruhan import dan eksport China meningkat sekitar 15.6% pada Januari hingga November tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China