Cari:
Hubungan China-Korea Selatan Diharap Kembali ke Landasan Betul
2017-12-13 14:00:50 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in yang bakal mengadakan lawatan rasmi ke China menyatakan baru-baru ini bahawa tujuan utama lawatannya adalah untuk memulihkan semula rasa saling mempercayai antara negaranya dengan China, selain mempererat ikatan persahabatan dalam kalangan rakayat kedua-dua negara.

Berhubung dengan lawatan Moon kali ini, Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media di Beijing semalam menyatakan, China dan Korea Selatan mempunyai kepentingan bersama yang luas dalam memacu pembangunan sosioekonomi serta mewujudkan kestabilan dan kemakmuran serantau.

China berharap Korea Selatan dapat mengendalikan isu penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) dengan sewajarnya, agar menggalakkan hubungan bilateral kembali ke landasan betul berdasarkan prinsip saling menghormati.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China