Cari:
Penyelesaian Dua Negara Patut Disokong
2018-02-21 14:42:52 CRI Cetak

Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dalam mesyuarat bulanan semalam, membincangkan situasi Asia Barat termasuk isu Palestin.

Mahmoud Abbas, Presiden Palestin, negara pemerhati PBB, turut hadir.

Beliau berkata Palestin bersedia menubuhkan mekanisme kerjasama multilateral berasaskan undang-undang antarabangsa dalam proses damai dengan Israel, serta sentiasa sudi berdialog.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyeru Paletin dan Israel berunding untuk mencapai penyelesaian dua negara, satu-satunya jalan keluar.

Guterres menyifatkan tindakan Presiden AS, Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel melanggar undang-undang antarabangsa.

Wakil Tetap China ke PBB, Ma Zhaoxu pula menegaskan bahawa penyelesaian dua negara adalah saluran tepat bagi isu berkenaan dan patut disokong masyarakat antarabangsa.

Katanya, bantuan kemanusiaan perlu terus disediakan kepada pelarian Palestin bagi membantu membaiki keadaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China