Cari:
Penyelesaian Dua Negara Jalan Tunggal
2018-02-21 13:31:20 CRI Cetak

Penyelesaian dua negara adalah satu-satunya jalan keluar bagi konflik antara Palestin dengan Israel.

Dalam sidang media di Amman kelmarin, Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi dan rakan sejawatnya dari Turki, Mevlut Cavusoglu sebulat suara bahawa penyelesaian dua negara yang membawa kepada penubuhan negara Palestin yang merdeka, kunci bagi mewujudkan kedamaian di Asia Barat.

Kata Safadi, Jordan dan Turki bersependapat dalam isu status Baitulmuqaddis dan menganggap tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf kota suci itu sebagai ibu negara Israel adalah batal dan tidak sah.

Menteri Turki pula menyatakan sokongan terhadap Jordan serta peranannya di rantau berkenaan selaku penjaga tapak suci di Baitulmuqaddis.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China