Cari:
Waktu Puncak Pengangkutan TBC Berakhir
2018-02-22 11:38:03 CRI Cetak

21 Februari hari terakhir cuti Tahun Baharu Cina (TBC) di China. Sistem pengangkutan seluruh negara termasuk kereta api, lebuh raya dan penerbangan awam bersiap sedia mengatasi waktu puncak.

Pada hari kelima TBC, jumlah penumpang yang pulang dari kampung halaman dengan menaiki kereta api mencatat 10.6 juta, meningkat hampir 10% berbanding tahun lepas.

Sebanyak 914 kereta api ditambah di seluruh negara untuk memudahkan perjalanan orang ramai.

Sementara itu, lebuh raya yang menghubungkan beberapa bandar besar seperti laluan Langfang-Beijing dan Suzhou-Shanghai antara yang paling sesak.

Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing (BCIA) dijangka mengendalikan 283 ribu penumpang sehari, dengan 1,679 penerbangan tiba dan berlepas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China