Cari:
Makanan Halal dan Masjid di Kaunti Pan
2016-11-21 10:16:11 CRI Cetak

oleh Zaidah

Alangkah seronoknya jika sambil melancong dapat menjamu selera di destinasi yang dilawati, lebih-lebih lagi dapat menikmati makanan halal, khususnya kepada penganut agama Islam. Oleh itu, sekiranya berkunjung ke kaunti Pan, yang terletak nun di bahagian paling barat provinsi Guizhou, jangan risau tentang makanan halal. Di bandar kaunti Pan tidak sukar untuk anda menemukan restoran-restoran yang bertulisan Arab pada papan tanda nama restoran.

Selain itu, pekan Xinmin, yang terletak kira-kira 90 kilometer dari bahagian selatan kaunti Pan, terdapat sebuah restoran yang bernama Zhang Da Wen, yang diusahakan oleh sepasang suami isteri. Nama restoran tersebut diambil sempena nama pemilik restoran tersebut, iaitu Zhang Da Wen. Menu utama di restoran tersebut ialah stimbot dengan sup daging lembu yang dimakan bersama-sama dengan sayur-sayuran dan nasi putih.

Selesai menjamu selera, sekiranya mahu menunaikan solat, silalah berkunjung ke Masjid Damuqiao. Masjid yang siap dibina pada 1 Mei 2016 itu adalah hasil sumbangan daripada penduduk setempat yang beragama Islam. Semasa masjid tersebut dirasmikan, bukan sahaja penganut Islam dari kawasan-kawasan berhampiran sahaja yang hadir, malah penduduk Islam dari provinsi lain, seperti provinsi Yunnan juga hadir bagi mengimarahkan masjid baharu tersebut, di samping mengeratkan tali silaturahim sesama umat Islam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China