Cari:
Kes Culik Sabah: Dua Rakyat Malaysia Dijangka Tiba Di KLIA Malam Ini
2017-03-26 15:53:15 CRI Cetak

Dua daripada lima rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di Filipina pada Julai tahun lepas dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, malam ini.

Kedua-dua mereka yang dikenali sebagai Tayudin Anjut, 46, dan Abdul Rahim Summas, 63, dilaporkan berada di Manila, Filipina semalam bersama pihak berkuasa negara itu.

Khamis lepas, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengesahkan mereka diselamatkan pasukan keselamatan Filipina dalam satu operasi di selatan republik itu.

Sementara itu, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata sejurus tiba, kedua-dua mereka akan diberikan rawatan bagi memulihkan kembali tahap kesihatan mereka.

Sehingga kini, tiga lagi warga Malaysia masih ditahan pengganas Abu Sayyaf iaitu Fandy Bakran, 27, Mohd Jumadil Rahim, 24, dan Mohd Ridzuan Ismail, 33, yang juga kru kapal tunda Serudong Tiga. (Sumber dari BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China