Cari:
Duterte: B&R Luaskan Pasaran ASEAN
2017-04-30 14:07:35 CRI Cetak

Inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) memberikan manfaat kepada negara-negara ASEAN dan memperluas skala pasaran rantau ini.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam sidang akhbar selepas Sidang Kemuncak ASEAN berakhir semalam.

Ketika ditanya tentang peranan ASEAN dalam B&R, Duterte berkata bahawa B&R amat penting bagi ASEAN kerana ia bermula dari Asia.

Duterte sekali lagi mengesahkan beliau akan menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R yang bakal diadakan di Beijing bulan Mei nanti. Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada China atas program bantuan pelaburan di Filipina.

Kerajaan Filipina telah melaksanakan satu rancangan pelaburan infrastruktur besar-besaran pada April ini. Program tersebut dijangka akan memerlukan pelaburan kira-kira 8.4 trilion peso (USD167.2 bilion) dalam tempoh 6 tahun akan datang, untuk menjalankan pembinaan infrastruktur di seluruh negara. Penganalisis berpendapat bahawa China dan Filipina mempunyai potensi kerjasama yang besar dalam bidang tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China