Cari:
Li Keqiang Ditemui Tharman Shanmugaratnam
2017-06-28 11:18:09 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui Timbalan Perdana Menteri Singapura, Tharman Shanmugaratnam yang datang ke China untuk menghadiri Forum Davos musim panas 2017, di Pusat Persidangan Antarabangsa Dalian semalam.

Li berkata, pertukaran lawatan antara pemimpin China dan Singapura sering diadakan, kerjasama kedua-dua negara pun kian ditingkatkan. Projek kerjasama Pusat Logistik Chongqing China-Singapura bermanfaat kepada kesalinghubungan serantau. China bersedia bersama dengan Singapura untuk mendorong rundingan mengenai penaiktarafan kawasan perdagangan bebas kedua-dua negara, dan rundingan hubungan rakan ekonomi serantau, supaya mengeluarkan isyarat memelihara perdagangan bebas dan mendorong pembangunan serantau kepada seluruh dunia.

Tegaskan beliau, China sentiasa mengutamakan perkembangan hubungan dengan ASEAN. China menyokong pembangunan Komuniti ASEAN, dan berharap Singapura agar terus memainkan peranan positif dalam mengeratkan hubungan China-ASEAN.

Shanmugaratnam pula berkata, pihaknya bersedia mempercepatkan rundingan penaiktarafan kawasan perdagangan bebas dan rundingan hubungan rakan ekonomi serantau. Singapura akan memperluas kerjasama dengan China, dan berusaha untuk mendorong perkembangan hubungan rakan strategik China-ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China