Cari:
Persidangan Perubatan Tradisional Cina Sedunia Ke-14 akan Diadakan di Bangkok
2017-06-28 15:45:48 CRI Cetak

Sidang media Persidangan Perubatan Tradisional Cina Sedunia ke-14 diadakan di Bangkok, Thailand semalam.

Konsul Kebudayaan Kedutaan Besar China ke Thailand, Lan Suhong, wakil Kementerian Kesihatan Thailand, Rungnapa serta beberapa tetamu China dan Thailand menghadiri sidang media tersebut.

Pengerusi Eksekutif Persatuan Doktor Perubatan Tradisional Cina Thailand, Lin Danqian dalam sidang itu berkata, Persidangan Perubatan Tradisional Cina Sedunia merupakan forum akademik yang tinggi dalam bidang perubatan tradisional Cina di dunia. Persidangan kali ke-14 akan diadakan di Bangkok dari 21 hingga 22 Oktober ini.

Lan Suhong berkata, perubatan tradisional Cina disahkan di Thailand pada tahun 2000. Kini, 8 universiti Thailand telah membuka jurusan berkenaan dan ramai pelajar Thailand pergi ke China untuk belajar perubatan tradisional Cina.

Beliau yakin, persidangan kali ini bukan hanya akan menjadi platform pertukaran pendapat kepada mereka yang terlibat dalam perubatan ini, malah akan memperluaskan pengaruh perubatan tradisional Cina di Thailand serta meningkatkan taraf perubatan Thailand.

Aktiviti Minggu Budaya Perubatan Tradisional Cina "Jalur dan Laluan" (B&R) juga akan diadakan sempena persidangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China