Cari:
ASEAN Terus Utamakan Pembangunan Belia
2017-08-21 11:29:53 CRI Cetak

Negara-negara ASEAN telah mencapai kemajuan ketara dalam usaha pembangunan belia bagi tempoh antara 2011 hingga 2015, menurut Laporan Indeks Pembangunan Belia ASEAN yang dikeluarkan baru-baru ini.

Laporan yang dirumus buat julung kalinya itu menilai secara komprehensif beberapa aspek termasuk pendidikan, kesihatan, pekerjaan, kebahagiaan, peluang perkembangan, tahap penyertaan dalam masyarakat dan tahap penerimaan masyarakat.

Menurut laporan itu, rancangan bagi tempoh 2016 hingga 2020 tertumpu pada pengintegrasian dan pelaksanaan Pelan Pekerjaan Belia ASEAN.

Pertumbuhan ekonomi global yang masih lemah dan prospek pembangunan ekonomi anggota ASEAN yang kurang jelas menyebabkan kadar pengangguran dalam kalangan belia di rantau ini mencatat 6.4 kali ganda berbanding generasi ibubapa mereka, bagi peringkat umur yang sama.

Oleh itu, usaha memupuk semangat keusahawanan dalam golongan berkenaan amat penting untuk menangani masalah pengangguran tersebut, selain menyuntik kedinamikan baharu kepada ekonomi di rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China