Cari:
Lagi 25 Penjenayah Filipina Ditembak Mati
2017-08-21 14:32:24 CRI Cetak

25 penjenayah ditembak mati dan 70 lagi ditahan dalam operasi penguatkuasaan undang-undang yang dilancarkan oleh polis Filipina di merata-rata tempat di Manila pada 16 dan 17 Ogos lalu.

Menurut polis, mereka yang ditembak mati itu enggan ditahan malah bertindak melepaskan tembakan ke arah polis. Antaranya, 14 disyaki terlibat dalam pengedaran dadah dan bakinya dalam rompakan bersenjata.

Selain itu, polis turut menahan 70 lagi yang terlibat dalam jenayah dadah menurut waran tangkap yang dikeluarkan mahkamah.

Operasi serentak itu bertujuan membasmi pengedaran dadah secara haram di kawasan ibu negara, kata seorang jurucakap polis.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China