Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) yang dirasmikan di Beijing pada 18 Oktober lalu menjadi tumpuan media utama Singapura.
Akhbar Lianhe Zaobao dalam liputan berita semalam tentang perasmian kongres itu telah menghuraikan secara terperinci laporan yang dibentangkan oleh Xi Jinping mewakili Jawatankuasa Pusat ke-18 PKC.
Akhbar The Straits Times pula terus-menerus melaporkan kongres itu sepanjang beberapa hari kebelakangan ini menerusi satu kolum khas.
Media televisyen Singapura seperti Channel News Asia turut membuat liputan terhadap kongres yang penting bagi China bahkan seluruh dunia ini.