Cari:
Presiden Filipina Mahu Lanjutkan Perintah Berkurung di Selatan
2017-12-12 14:36:39 CRI Cetak

Menurut kenyataan pejabat Presiden Filipina semalam, Presiden Rodrigo Duterte telah mengutus surat kepada Parlimen untuk melanjutkan perintah berkurung di kawasan selatan yang dijadualkan tamat pada penghujung tahun ini hingga penghujung tahun depan.

Tuntutan ini adalah untuk menghapuskan saki-baki pemberontak dan pengganas yang masih aktif di kawasan tersebut.

Duterte dalam suratnya menyatakan bahawa tentera Filipina telah berjaya menawan balik bandar Marawi daripada kawalan kumpulan pengganas Maute pada bulan Oktober lalu. Namun, masih ada pengganas disokong Daesh di Mindanao yang sedang merekrut anggota baharu dan mencari sokongan dana dan logistik untuk melancarkan serangan lagi di kawasan itu.

Tindakan melanjutkan perintah berkurung hingga penghujung tahun depan akan memudahkan tentera kerajaan menjalankan operasi menghapuskan kumpulan bersenjata yang mungkin melancarkan serangan pada bila-bila masa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China