Cari:
Pesta Filem China di Myanmar
2018-02-19 16:11:46 CRI Cetak

Pesta Filem China anjuran bersama Kedutaan Besar China di Myanmar dan Kementerian Penerangan Myanmar telah dirasmikan di Yangon pada 17 Februari lalu.

Filem China yang dialih bahasa mendapat sambutan baik penonton Myanmar.

 

Duta Besar China, Hong Liang berkata, aktiviti seumpama itu akan diadakan secara berkala pada masa depan bagi meningkatkan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara.

Pesta filem yang diadakan bertepatan dengan Tahun Baharu Cina ini turut menambah kegembiraan rakyat tempatan.

Menteri Penerangan Myanmar, Pe Myint pula berkata, filem membolehkan rakyat Myanmar mendekati China, sekali gus memperkukuh ikatan persahabatan.

Pesta filem ini akan berlangsung selama seminggu di Naypyidaw dan bandar-bandar lain di 11 buah wilayah Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China