Pameran Hasil Pembangunan China Digital ke-2 diadakan di Fuzhou semalam, membuka tirai Sidang Kemuncak Pembangunan China Digital ke-2.
Dimaklumkan, tujuh kawasan ditetapkan bagi mempamerkan pentadbiran elektronik, bandar pintar, data besar, Internet benda (IoT), kecerdasan buatan (AI), rantaian blok dan Internet perindustrian.
Sebanyak 421 pempamer kerajaan, pertubuhan dan syarikat telah menyertai pameran berkenaan.